6
Komen

M.a.A.f

Doa Jibril tatkala menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad,
jika sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan 
  • tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya
  • tidak bermaafan antara suami dan isteri
  • tidak memaafkan or memohon maaf orang sekeliling
Maka rasulullah pun berkata Amin,Amin,Amin..

Dapatkah kita bayangkan doa malaikat yang diaminkan oleh Rasulullah.. Oleh itu mawar ingin sekali menyusun jari kanan dan kiri memohon maaf sekiranya selama di laman sepi ni ada kesalahan bahasa emosi mahupun kata yang disengajakan atau tidak..


.:: Moga dapat menjalankan ibadah puasa dengan istiQamah, insyaallah ^_^ ::.


0
Komen

calon~calon nya

Jalan jalan ke tanjung ara
singgah sebentar di rumah dara
awal bismillah pembuka bicara
Assalamualaikum ku kirim mesra ^_^ 

Calon suami ? Oh. dah nak kawen ke cik mawar nih? Jeng je jeng . . . sila tutup telinga sebab bom dh nk meletop !! hahaks ... sekejap. mawar nk fikir kata hati ape ciri ciri suami yang soleh =_= .. ehem ehem tak semestinya kena ada "pak ustaz" dulunya buukk ... 


dulu masa tengah cute miut cegu ada bagitau, "kalau dah dewasa nanti jadi anak yang solehah tau" eh eh.. nape tu cegu?? "sebab nanti baru ada jodoh dengan orang yang soleh" oOOo tengaga macam jumpa arimau sebab teruja!

sekarang ni bila dah besar remaja baru mula terfikir akan bicara berlian cegu.. ngee~ dulu tak tau ape pon kalau bicara soal hati .. Ger~ skema sampai tak tau semuanya
hakikat sebenar budak nerd dalam bersosial  (sebab dalam kelas dulu semua perempuan, mana nak kenal kumbang dengan lebah lagi time tu)


Okeh! stOp dulu bab nih.. meremang kaki mawar bila bicara soal rindu
 Eh pulok ? adehh .. lupekan je lah sebab xde kaitan >.<


 ********


saat salam perkenalan di hulur kan
oleh sesorang yang boleh dikatakan "ustaz" 
google image ^_^
atau mungkin baru nak "start" ..
hati terasa senang dengan ilmu nya
tapi ego seorang lelaki terlalu angkoh 
untuk mengaku kekurangan mahupun kesalahan diri
kerap kali diri ini menahan goresan kata dari bibir itu
teman seperjuangan mengimpikan orang sepertimu 
sebagai pedamping hidupnya, sebagai pelengkap hatinya ..
tapi hati ini seakan hambar untuk meraikan kehadiranmu disisi


maaf kan hati ini ..


seandainya kamu jodoh ku dari Allah
walau seisi dunia cuba menghalang 
kita tetap akan bersatu walau dengan apa cara sekalipun
sama ada sekejap atau lama .. ia tetap akan berlaku
dan sekiranya aku dan kamu 
bukan tercipa untuk menjadi satu
dan jika seisi dunia cuba menyatukan kita
ia tetap tidak akan terjadi tanpa redha ilahi ..


duhai pemilik hati,
bebaskan hati ku dan hatimu dengan cinta dunia
siapa pun kamu 
mahupun aku
pasti ada sesuatu yang istimewa jika bersatu..


****


menanti insan bertuah dalam bidang perubatan  .. nanti sakit senang free je, tak perlu bayar. yang penting ekonomi jimat ^_^ 


tapi mawar bukan amik medic .. hanya mampu menjadi diri sendiri dengan matlamat sebagai seorang kaunselor insyaAllah .. :) doa kan yer .. mawar sentiasa mengAminkan doa sahabat 



TingTongTingTong :: boleh ke kalau memilih macam tu





0
Komen

yaaahuuuUu !!! yiieeppiiieee !!

tahukah anda ... err msti x tau punya kan kan
hoho meh sini cek nak habaq mai
mawar hepi vs senang hati di pagi + malam bute ni. hahaks ...
kenape kenape kenape ??

> Oh ada unsur kegedikkan di situ  <

 becoz of yOu la. ^^,

Jeng je jeng !!!



piweeet piweet.. mawar bukan artis tau, tp mawar senang hati 

>> aquatwins932 <<

tahniah tahniah tahniah !! eh tahniah kat sape?  
TuuuUuu tuu cik 932 yang untong lagi berbuah tuah nya
haha. nanti raya jempot la datang rumah yer
jangan kata kan buah kurma free
baju raya free pon boleh.. 
siap sedondon lagi ^_^
nak tak ?? 

TingTongTingTong :: Lalalala~
2
Komen

bye2 cik setan


selamat jalan cik abg ensOm ..
Ahlan wasahLan Mis Nur Ramadhan ^^,


puasa anggota puasa hati
moga dirimu diberkati
0
Komen

Sesuci embun pagi,sebersih kain putih

Ingin ku bicarakan soal dia... anak kecil yg ingin dewasa
terpanggil hati ini untuk bertanya ... dimana pewaris agama

di sekolah, kau di asuh dengan agama dan doa
di rumah, kau di ajar dengan penuh kelalaian

guru selalu pesan, sebelum makan basuh tangan n baca doa 
tapi ibu mu pesan.. jangan makan kalau mum n dad belum redy


wahai putriku..aurat itu wajid di tutup rapi
biar terselindung dari pandangan mata ajnabi..
kau anak suci yang jauh dari kekufuran
tapi orang tua mereka sedaya upaya mengheret mu ke lembah "kegelapan"


Ayuh bangun lah sayang
tidak terdedah intan permata dek debu menghitam
yang terdedah itu hanya permata yang kian hilang kilauannya ..


Mahukah kamu jadi sepertinya?
dipamerkan di kaki 5, dibiarkan tanpa dijaga
disentuh jika suka, ditinggalkan jika tiada nilainya

Aku pelindung yang istimewa,
aku mencari dia yang setia



2
Komen

tanpa bicara


bila mata dicuri oleh sesuatu yg comel
perhatian mula dialihkan
dari pandangan yg sepatutnya (",)
2
Komen

aku dan sesuatu yang kau tak tahu

ehem ehem ... huhu sakit tekak la pulok hoho ada kena mengena ke dengan nk tulis entri dalam blg ni ? gedebushhh =_" ... jum jelajah aktivti aku masa kat kolj, seumur hidup ni la 1st aku join menda alah ni tau .. ngeee~ jangan pandang wanita 2 mata kalau korang pakai kaca mata (@_@) kih kih mcm hebat je ajak lawan aku Ko awal awal <<



sebelum kaki mengorak langkah ^_^

masa ni pogrm perasmian sukan kolj.. jantong aku dup dap dup dap !! sebab kena bediri tengah padang dan dikelilingi oleh jutaan manusia ~_~ huhu maluu

tekesima geng sitam ni tengok gaya geng siteh beraksi (*_*) hehe

dushhhh ... sian dia kena tumbok *_" ...




                                                                           yeaa yeee aku menang !!



Eh eh .. dah macam kat korea pulak main tundok tundok hormat (",)



~ haa kalau nk tahu, dalam tekwando ni xde bagi salam walaupun Sir yang ajar tu islam
rasanya memang adat macam tu kot, sebab tekwando ni dari korea :) .. masa ni aku baru putih, skrang dah kuning !! hahaks bangga dengan pencapaian diri ... x pernah aku lasak macam ni, disebabkan koku wajib amik boleh la selam lama lama minum air ^_^ erk ? 



tak semua perempuan yg berjilbab n berkain kurong selemah kura kura tanpa perisai ^_^


TingTongTingTong ::. merapu sudah

4
Komen

Finding Mr.Right

dalam mencari 
terkadang terasa diri diuji
udara seakan lari jauh dari aku
mentari seolah olah memberi kesejukan di hati
T____T
aku makin keliru dengan apa yang ku mahu
zaman remaja betul betul melelahkan



0
Komen

Teladan cinta idaman hati

Dia pahlawan yang dimuliakan wajahnya
Dia puteri dari zuriat yang mulia
Ali pewaris keberanian dan kebenaran
Fatimah titipan kesabaran dan kesucian
Persandingan itu...
di pelamin kemiskinan
Fatimah...
Puteri terpuji, isteri teruji
Suami di medan jihad
Kau bermandi keringat
Jauh-jauh mencari air...di padang pasir
Disengat sinar mentari
Sedikit pun tidak kau kesali
Untuk suami, kerana Ilahi..
Ali...
Pahlawan unggul, ilmuan tersohor
Syair setajam senjata
Gagah sekukuh kota
Kau kunci gedung nubuwwah
Kau fakir yang pemurah
Kau wira di sebalik selimut hijrah
Berkorban nyawa untuk Rasulullah..
Ali dan Fatimah...
Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi
Lalu diluahkan ketandusan upaya
Betapa tenaga seakan tak mampu lagi
Untuk menanggung beban keluarga,
Sudilah kiranya dihadiahkan seorang sahaya..
Tersenyum Rasulullah mendengar rintihan,
Lalu diberikan zikir sebagai gantian..
Tiga kalimat sarat keberkatan,
Subhannallah, Alhamdulillah, Alllah hu Akbar,
Lalu esoknya mereka datang lagi...
Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati,
Cukuplah kami tak perlu apa-apa lagi!
Mereka miskin harta tapi kaya jiwa
Sering berpisah tapi tak gundah
Mereka bercinta kerana Allah.
Indahnya mempelai di pelamin kemiskinan
Bila bersanding dua kemuliaan..
Seorang lelaki bergelar karamallahuwajhah
seorang wanita yang az zahrah!
jaNnatul fiRdaus
1
Komen

Kembar ?? mudahnya jatuh CiNta !!

ehem ehem .. same x same x ?? (^_^)
 >>> Norlida  <<<

pleasseee kata sama !! >.< hahaks ..
kali ni perjalanan penulis lagi meriah dgn adanya insan istimewa ni (^:^)
saat penulis di tahun pertama, 
hanya pandangan mata
menjelaskan kata-kata hati .. memalu ayam lagi mase tu
sahabat2 lain gosip2
lec pon keliru dgn identiti kitorang 
hehe yeke ??
Oh... sila tolong jangan percaya !
********

Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang?
dan terkadang kecintaan memelikkan kita
hanya pada pandangan pertama..

begitu mudahnya aku mencintai seseorang
begitu juga dalam jalan dakwah ini
aku akan mudah jatuh cinta! 
banyak kali

cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini
ia adalah tautan hati
sukar dimengertikan..
perasaan yang sukar dinukilkan
dengan lukisan 

begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini
ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti
jauh dirasakan dekat
sering bersama tidak mendatangkan bosan
ianya bahagia tiada tara!!

ia mengajar erti "memberi" tanpa henti
ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri
demi insan yang baru sahaja dikenali..

kerana ikatan itu...
bertahkik pada cinta Ilahi

aku dan dia..
mengalami rasa yang sama,
mudahnya hati tertaut dan menyukai manusia
kerana itu, takutnya apabila dialirkan 
cinta itu pada yang bukan berhak >.<

kerana dakwah dan islam
sentiasa menyatukan hati kita,
menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita
setiap masa !!

mudahnya dakwah ini menjadikan kita
untuk jatuh cinta..

luv Luv luv Luv luv Luv luv Luv luv Luv luv Luv luv Luv luv Luv luv 



0
Komen

Lakaran hati


Senja ini mentari menyinar malu,
Ku lihat langit
Terhampar luas kebiruan
Ku renung lagi . . .
sehingga terlakar wajahmu di dada awan...
saat ini,
Ku terkenang kisah suka dan duka kita
Sepanjang mengikat tali persaudaraan
Terlalu banyak cubaan yang datang
Betapa Allah mengatur setiap takdir kita
Dengan cukup teratur dan teliti
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi...
Duhai angin,
Sampaikan padanya
agar sabar dan tabah menghadapi hidup
Kerana erti sebenar hidup ini
Dalam erti 'memberi' bukan menerima...
Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu
Namun ku sedari,
Hujan jua adakalanya akan turun
Dan menghilangkan seri pelangi itu...
Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan
Bila muncul menyinarkan
Bila sembunyi tidak menghilang
Ia ada di balik awan,
Cuma kadang-kadang tidak perasan
akan erti sebenar sebuah kehidupan...
Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat
menghadapi gelombang ujian
kerana itulah sebenarya ukuran iman
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang..

2
Komen

ikhlas dalam cinta

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu? (~_~)

penulis mencari sahabat seikhlas ini >.<

0
Komen

Sukarnya memaafkan !!!

aku benci rasa ini
walaupun ia bertandang di laman hati
kenapa kau menjelma 
setelah menghilang sekian lama

kau kah itu yang pernah menghadiahkan
satu luka berdarah yang menyakitkan
kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
ketika kau lalu di tepian kalbu


.:: jangan biarkan aku sendiri ::.


Aahh !! terasa segalanya terlalu laju
bila batas-batas masa di kira
puluhan tahun terasa tidak lama
termanggu aku seketika..

di pinggiran nostalgia
sukarnya memaafkan !!
sukarnya melupakan !!
(~_~)

segalanya kini sudah berubah
sejak ikatan hati terungkai
episod demi episod telah mendewasakan..
kita semakin matang mentafsirkan 

kalau benar cintakan Allah.
hati kita tak akan TERPISAH !!!

dan entah kenapa . . .
tiba-tiba kini
kita dipertemukan semula
di persada kemaafan..

bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu turut memaafkan ..
lalu dendam luruh seluruhnya. . .
walau di awalnya terasa sengguh susah !
0
Komen

Sejenak ku berMuhasabah



Sejenak ku teringat akan kata2 Abu Nawas ::.

               "Ya Allah, sesungguhnya kau tidak layak untuk syurgaMu
malah tidak juga sanggup keneraka mu"

mungkin ada di antara kalian telah menghafal bait-bait ungkapan diatas dalam doa mahupun selawat ^_^ namun tahukan kamu akan asal usul azimat disebalik ungkapan tersebut... huhu yang pasti ia bukan satu rekaan


ketika membayangkan diri yang sering 
bergelumang dengan dosa
tiba tiba diri menghembuskan nafas terakhir 
Allah Allah..
bagaimanakah nasib kita yang kekal di alam kubur
dan kemudiannya di alam akhirat
amat mengerikan sekali
andai amal tidak mahu membela diri..

kuatkah diri menahan jutaan sekseaan yang tidak terperi pedihnya ??
mampukah diri bertahan di neraka ??
selesakan diri dengan segala pembalasan-Nya ??
Astagfirullah....!!
ampunkan dosa ku ya Allah ...

sesungguhnya kita amat mengharapkan syurganya walaupun kita sedar diri ini terasa tidak layak ke sana menikmatinya..dek lumpur dosa yang tidak pernah lekang daripada hati dan jasad.. andai kata setiap dosa yang kita lakukan dijelmakan oleh Allah seperti daging barah, nescaya sekujur tubuh akan hilang ditelan oleh barah-barah dosa !!

begitulah parahnya dosa kita, membiarkan diri bergelumang dengan dosa walaupun seringkali tertunduk penuh kesedaran bahawa sesungguhnya adalah tidak mungkin kita mampu bertahan di neraka-Nya !!


terasa diri begitu hina
sering meminta minta padaNya
sedangkan diri masih lalai dgn suruhanNya
allah ... allah !!!

sekujur tubuh tertunduk sujud menghadapMu
moga perjalanan ini tidak di salah ertikan
ku mohon Ya Allah ...
bimbinglah diri ku dalam mendidik jiwa ku

tidak ingin aku 
kufur dalam nikmat-Mu






0
Komen

Bahagiakan hatimu

detik ini..
hati seakan membungkam dalam lipatan
menghukum diri dengan kelalaian

saat jari tiada peneman
hati mula menangis
 akan sesuatu yang kian jauh dari pandangan
(~_~) 
sungguh aku menyesal !!

mampukah aku kembalikan sesuatu yang telah hilang??
sesuatu yang begitu bernila
pemberian kasih dari seorang ayah !!

maafkan ku
terasa jaoh dari keikhlasan
melupakan amanah dalam penjagaan

>.<  24/5 - 10/7/11  >.<

**********************

"Pada hari Kiamat,sudah tidak berguna lagi harta benda,
anak pinak kecuali orang yang datang mengadap 
Allah dengan hati yang sejahtera..."
~Surah as-Syura,ayat 88-89~

Allah menciptakan kita sebagai sebagai satu2nya makhluk yang sebaik2 ciptaan dan paling sempurna,sudah tentu Allah tidak menciptakan dengan sia-sia melainkan dengan tujuan..

"sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati semuanya 
akan diminta bertanggungjawab"

makna kata lain, setiap pada kita akan di soal selidik dengan apa yang telah kita lakukan semasa hayat di kandung badan, detik itu tiada lagi bicara dusta dari mulut.. hanya kata2 akur pada Sang Pencipta akan di perdengarkan.. Allah huakbar . . . 

MeMBEnCI DiRi kErANa AlLaH

mmbenci diri kerana Allah maksudnya tak suka menilai diri sendiri..
tak dinafikan, memang ada segolongan manusia yang tak suka menilai diri sendiri, mungkin mereka bimbang 'timbangan' dosa mereka lebih banyak dari pahalanya.. MuNgkiN  . .

kamu yang seperti ini memang xde kesedaran untuk terus menambahbaik ketaatan kepada Allah.. golongan insan yg seperti ini sudah tentunya  berada dalam sesat selana lamanya... (pesanan tulus buat diri ku dan kamu) 

Imam Ahmad melaporkan, Muhammad bin al-Hasan bin Anas melaporkan dari Mundzir,Wahab berkata :: Seorang pertapa menyembah Allah selama 70 tahun. Pada satu hari dia keluar dari bertapa dan menganggap amalnya sangat sedikit, lalu dia mengadu kepada Allah dan mengakui dosanya.. Tidak lama kemudian datanglah utusan Allah dan berkata, " Sesungguhnya apa yang kamu lakukan itu (bertapa) lebih aku sukai daripada amalmu yang lalu"

* sukuplah sekadar lakukan dengan apa adanya. Allah Maha mengetahui akan niat mu
* sentiasa muhasabah diri (selayaknya tika malam hari)

Allah adalah ditaati bukan dikhianati
Allah adalah untuk di syukuri bukan menidakkan kekuasaannya

moga hati tetap tabah dalam segala ujian iLahi.. >.< ...

Ungkapan dari seorang ayah ::
adik kena redha
kehilangan itu bermakna bukan rezeki adik
mohon pada allah seusai solat
agar dipermudahkan segala pencarian..
kalau ada rezeki insyaAllah ..
abah x marah jika ia terus hilang dari pandangan


1
Komen

istikharah cinta

Doa istikharah
(solat sunat dua rakaat)

~ Ya Allah,aku minta petunjuk kepadamu dengan ilmu pengetahuan-Mu.. aku mohon penentuan dan kekuatan-Mu,dn aku meminta kurnia-Mu yg Maha Agung kerana sesungguhnya Engkau Maha Perkasa,sedangkan aku tidak punya kekuatan apa2.. Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak memiliki pengetahuan. Engkau adalah penyingkap tabir ghaib..


Ya Allah, jika menurut Engkau urusan ini baik untuk ku, agamaku,hidupku dan juga kepentingan ku dengan segala akibatnya.. maka cepat atau lambat mudahkanlah jalannya untuk ku.. Namun,jika menurut Engkau urusan ini buruk untuk ku,agama,hidupku dan duniaku mahupun kepentingan ku dalam segala akibatnya.. cepat atau lambat hindarkan ia dari ku dan jauh kan ku daripadanya..


berikan keampunan kepadaku untuk sentiasa berbuat baik di mana pun ku berada dan ikhlas kan hati ku untuk menerima keputusan-Mu kerana aku amat menyedari segala daya dan upaya hanya milik-Mu semata2..~

Sebelum mengajukan lamaran (bgi pelamar) atau menjawabnya (bagi penerima lamaran) amat baik jika terlebih dahulu meminta petunjuk daripada Allah dalam jalan hidupmu yg masih panjang..

2
Komen

taubat seorang penzina

jika seorang penzina-laki or perempuan, bertaubat dgn taubat nasuha (taubat yg benar-benar disesali), serta bertekad untuk meninggalkan dosa tersebut N x akan melakukannya lagi.. kemudian cuba mulakan hidup baru yang bersih,bebas daripada dosa dan kesalahan,maka Allah akan menerima taubat keduanya dan dengan kasih sayang-Nya akan memasukkan mereka ke dalam golongan hamba-Nya yang soleh =)


Allah berfirman ::
dan orang2 yang tidak menyembah Tuhan lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah, kecuali dgn alasan yg benar dan tidak berzina. barang siapa yg melakukan pekara itu,maka ia mendapat pembalasan atas disa2nya.. akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat & ia akan kekal dengan azab dalam keadaan yg terhina, kecuali orang2 yg bertaubat, maka kesalahan yg pernah mereka lakukan akan diganti dengan kebaikan oleh Allah.. " Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (surah al-Furqan :: 68-70)


seorang lelaki mengadu kpd Ibnu Abbas, "saya telah berlaku tidak baik terhadap seorang wanita,sya telah memaksanya melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah. Kemudian sy diberi hidayah oleh-Nya dan saya ingin menikahinya"


sahabat Unas membacakan ayat :: seorang penzina hanya boleh dinikahi dengan pasangan zinanya atau orang musyrik.


Jabir bin Abdullah menjawab hal yg serupa.. bahawa seorang lelaki pendduk Yaman mmpunyai saudara perempuan yg dinodai seorang lelaki. lalu ia menghenus pedangnya dan membunuh lelaki itu hingga ia ditawan, sementara si adik perempuan itu mengikut bapa saudaranya pindah ke kota besama keluarga.


wanita itu telah bertaubat,rajin mengaji dan tekun beribadah hingga boleh dikatakan sebagai wanita paling soleh di kota itu..


Suatu ketika datang seorang lelaki SOLEH kepada si bapa saudara untuk melamar wanita tadi, bapa saudara wanita itu tidak ingin menipu pelamar tersebut dengan menyembunyikan keaiban anak saudaranya..


Si bapa saudara mengadu kepada Umar tentang hal tersebut, Umar menjawab :: "Seandainya kamu membuka rahsia anak saudara itu, kasihan dia akan akibatnya dan lebih buruk lagi, jika ada seorang lelaki soleh meminangnya, nikakanlah ia.."


.:: nikahlah ia sebagaimana layaknya pernikahan seorang muslim yang suci ::.


pesanan dari hati penulis // jangan dilihat @ nilai akan masa silam seseorang,tapi nilailah dia dengan apa adanya, manusia x pernah dan x kan pernah lari dari melakukan kesilapan.. itu fitrah insani .. walau ape sekalipun, ssorang itu berhak mendapat keampunan Ilahi jika ia benar2 menginsafi atas perbuatan silam..
aku dan kamu tidak berhak untuk menghukum mereka !!! kita pun banyak wat salah di mata Allah.. (^_^)


Ubay bin Ka'ab berkata, "wahai Amirul Mukminin, dosa syirik lebih besar daripada itu, Namun jika ia bertaubat maka dosanya diampuni Allah"


Ahmad berpendapat ::


taubat wanita dalam perkara seperti ini (pemerkosaan) boleh dilihat daripada sikapnya.. jika ia dilamar, kemudian menerimanya,maka taubatnya tidak benar.. Namun sebaliknya, jika ia menolak maka taubatnya benar (taubat nasuha) ..

4
Komen

aku beruntung kerana ada kamu


dalam dunia ini kita tidak mempunyai sesiapa
kecuali diri kita...
tapi
dalam kita "bersendirian"
kita beruntung kerana mempunyai sahabat
yang memahami kita
sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan
dan kejujuran dari seorang teman,
begitu jugalah dia ..
untungnya mempunyai sahabat yang sentiasa memahami
yang selalu berada di sisi
dia mendengar luahan perasaan,
harapan,
mahupun impian kita ..
2
Komen

perpisahan

saat demi saat
terlalu pantas menyusur waktu
meninggalkan jejak semalam
yang mungkin pahit untuk digamit
mengukir kenangan yg indah penuh kiasan
saat perpisahan datang bertandang
wajah kian sugul kepayahan
lafaz kian tenat
sesungguhnya teman...
air mata perpisahan itu
sejernih embun di dedaun
bak mutiara berkilauan
menyingkap rahsia keikhlasan . . . 

lumrah persahabatan
terhiris dan terguris menguji perasaan
hanyalah satu ujian
bukan satu halangan
untuk terus berkasih sayang
... hadapi dengan iman ...
suburkan dengan kemaafan ~

Link blog sahabat