0
Komen

kerusi usang


bukan yang kekal
kerana tiada yang tetap
bukan yang anjal
kerana tiada yang utuh
bukan yang sempurna
kerana tiada yang terbaik
bukan yang cantik / hebat
kerana tiada apa yang ingin di banggakan

itu lah sedikit sebanyak yang ingin ku sampaikan .. buat kalian yang berada di sampingku

seringkali pujian menyinggah di luar pagar
entah dimana lebihnya
seringkali tafrisan itu ku sambut dengan senyum dalam diam
entah pada siapa ingin ku utarakan hakikat kejadian sebenar

yang terlihat di luar
bukan semuanya benar
faham lah aku akan kekejaman yang ada
mungkinkah aku acuan yang salah ?
salahkah aku sekarang ?
dimanakah silapnya ?
bukan aku untuk menidakkan takdir
tapi aku mencari puncanya

tersedarnya seorang wanita
masa bukan lagi teman setia
sendu di hati tah siapa yang mahu mendengar
pilu berteman kan kerusi yang kini makin di mamah usia
Oh bulan .... dengarkah engkau akan sebak suara ku ini ??

maaf kan aku duhai insan ..
sukar benar untuk aku lupakan sejarah silam
bukan ini yang aku pinta (-_-)
jatuh bangun ku dalam diam
sunyi tawa ku hanya mimpi ..

jika ini mimpi
tolonglah duhai sahabat
bangun kan aku sesudah azan 
dalam mencari sinar kebahagiaan



♥ aQu bkn Lah insan yg sempurna bkn jua yg terbaik untukmu nAmun apa yg pAsti..
aQu ingin menuju kesempurnaan iman di hAti ♥ 



0
Komen

biLa mawar mula ber-angan2



Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu
Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..

Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?
Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..
Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..
Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..
ehehe .. mawar hnya sekadar tulis jek (^_^)                    
dalam kepekatan macam ni, 
apa pn boleh di fikirkan :) 
soal hati .. soal masa depan .. soal cita2 N cinta yang entah apa jawapannya kelak
duhai hati ... moga kau tetap utuh dan istiqamah dalam mengejar cinta-Nya
sebelum cinta mu dimiliki oleh hamba-Nya
1
Komen

Ketika kita tercari2 & mencari



1 - Ketika Mencari Calon
Jangan mencari suami, tapi carilah ayah kepada anak anak kita
Jangan mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak anak kita


2 - Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua / wali si gadis
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua / wali si gadis


3 - Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan imam
tetapi menikah di hadapan Allah


4 - Ketika Resepsi Pernikahan
Hitunglah tetamu yang datang untuk mendoakan anda
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua
dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk Bercerai 
kerana anda mensia sia kan doa mereka


5 - Ketika Hari Pertama
Bersyukur dan bersabarlah
kerana anda bukanlah sepasang malaikat


6 - Selama Menempuh Hidup Berkeluarga
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak ditaburi bunga
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri


7 - Ketika Biduk Rumah Tangga Goyang
Jangan saling berlepas tangan
tapi sebaliknya... Justeru semakin erat berpegangan tangan


8 - Ketika EkonomiKeluarga Merudum 
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.



9 - Ketika Ekonomi Berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

10 - .Ketika Anda Adalah Suami

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

11 - Ketika Anda Adalah Isteri

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, 
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

12 - Ketika Mendidik Anak

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,

kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

13 - Ketika Anda Bermasalah

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun 
yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, 
yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.




14 - Ketika Ingin Aman & Harmoni
Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran



moga dirimu terus mencari dalam redha Ilahi :)
selamat bermujahadah yerr ...
0
Komen

warkah tanpa suara



Aku bukan seorang gadis yang cerewet 
dalam memilih pasangan  hidup
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian
sedangkan aku hanyalah sebutir pasir
yang wujud di mana mana . . 
Tetapi ,
aku juga punyai keinginan seperti gadis lain
dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga
memimpinku ke arah tuju yang Satu . . .


Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s
yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat
Andainya kau lah jodohku yang tertulis di luh mahfuz
Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih
di hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan
itu janji Allah . .


akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah
selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu padaku
kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu
Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara`
Aku takut perlakuan itu akan memberi impak 
yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak . . 


Permintaanku tidak banyak
cukuplah dirimu yang sekiranya harta itu membuatkan kita alpa
dan lupa pada tanggungjawab . . .
aku tidak akan sesekali kali bahagia melihatmu begitu
Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya
itu lebih bermakna bagiku ..


(",) warkah tanpa suara dari wanita (",)
4
Komen

sudikah kamu menerima ku ?

Assalamualaikum wrahmatullah ...


Apa kabar calon suamiku ? 
Hope u well and do take care ..
Allah selalu bersama kita


Akhi . .
Tahukah kamu aku masih menunggumu . . ?


Hem .. menunggu, menanti atau whatever lah yang sehenis dengan itu kata orang membosankan ..
benarkah ??
Menunggu . . .
hanya sedikit orang yang menganggapnya sebagai hal yang "istimewa"
dan bagiku, menunggu adalah hal yang istimewa
kerana banyak manfaat yang boleh dilakukan dan peroleh dari menunggu



Menunggu boleh juga dimanfaatkan untuk mengAgungkan-Nya
melihat fenomena kehidupan . .
Percayalah bahawa tak selamanya menunggu itu perit
saat penantian kita sebenarnya boleh lebih produktif
sementara waktu kita masih banyak masa terluang
belum di bebani dengan kehidupan rumah tangga


Kerananya wahai putra syurga . . 
jika aku tidak memberi jawapan
bukan aku tak ingin
bukan aku tak mahu
tapi persoalan yang mendera bangsa kini kian rumit
meski saat ini terasa sulit untuk hidup sendiri
yakin kah kamu jika sudah berkeluarga kelak ??
Namun seperti kata seorang ustaz " bahawa hidup untuk orang lain adalah sebuah kemuliaan, memberi di saat kita sedang kesusahan adalah pemberian yang terbaik . . "
Sesungguhnya kita belum hidup jika hanya hidup untuk diri sendiri .


Putraku . . .
Di mana pun engkau berada sekarang 
janganlah gelisah
telah kulihat wajahmu dan aku mengerti
bertapa rindunya dirimu akan hadirnya diriku di hari mu
Percayalah padaku, aku juga merindui kehadiran mu
Aku akan datang, tapi mungkin tidak sekarang
Kerana jalan ini masih panjang


Akhi . .
Hapuskan segala keraguan di hatimu
Percayalah pada-Nya 
Yang Maha Pemberi Cinta
bahawa ini hanya likuan hidup yang pasti berakhir
Yakinlah . . . saat itu pasti akan tiba


Wahai putra syurga . .
Hidupmu jangan kau pertaruhkan 
Apalagi hanya kerana sebuah penikahan
Kerana pernikahan tidak akan terbina dalam masa sesaat
Tapi ia boleh hancur dalam sesaat
Seperti Kota Iraq yang dibangun berpuluh tahun 
Tapi boleh hancur dalam waktu sekian hari


Jangan kau fikir hidup ini tidak adil
Kita tak akan mampu mendapatkan semua yang kita inginkan dalam hidup
Pasrahkan inginmu dalam qalbu, pada tahajjud malammu
Bariskan harapanmu, sepenuh rindumu pada istikharah di solat malammu
Pulanglah pada-Nya ke dalam pelukan-Nya
Jika benar aku bukan milikmu
Sungguh . . . itu kerana dirimu terlalu mulia dan suci bagiku
Dan kau terpilih untuk mendapat kan Ainul Mardhiyah di Jannah-Nya


Akhi . .
Senario Allah adalah senario terbaik
dan Dia telah sediakan senarionya untuk kita
kerana Ia sedang mempersiapkan kita untuk lebih matang


Akhi . .
Ku tahu akan rasa hatimu
sabarlah saat indah kan menjelang jua
saat kita akan disatukan dalam ikatan indah pernikahan
Apa kabarkah kau disana ?
Masih bertahankah kau disana ?
Cinta ku akan hadir untuk mu 
setelah usai lafaz sakinah darimu
tatkala itu sambutlah aku dengan senyuman manismu


Wahai putra syurga
Malam ini ku rasa begitu panjang
Terasa kelu dengan derita yang mendera
kutahan derita malam ini sambil melihat bintang
Jika disana ada bintang yang menghilang
Jika benar aku pilihanmu
aku menanti saat kau datang untuk memiliki ku


Ku awali hariku dengan tasbih tahmid dan selawat
mendoakan mu agar kau selalu sihat dan bahagia
dan mendapat yang terbaik dari-Nya
Dirimu selalu ku titip kan dalam doa
mungkin kau tak pernah sedar bertapa 
aku mengagumi dirimu


Akhi . .
Saat ini ku hanya mampu mengagumi
hanya mampu merindui
dan tetap berharap, terus berharap
kau kan segera datang


Bila aku isterimu kelak
jangan pernah berhenti mencintaiku
tunjukkan padaku kau selalu mencintaiku
Hanya engkau yang aku harap
telah lama kuharap hadirmu disini
meski sulit, harus kudapatkan
Jika tidak dapat di dunia
kan ku kejar dalam keindahan Syurga


Kurangkaikan sebuah tulisan sederhana ini
untuk dirimu yang bijaksana
Ku susun ayat ayat sederhana ini
untuk dirimu yang selalu mempersona
Memahami dan mencintaiku apa adanya
Semoga Allah kekalkan nikmat ini bagiku dan bagimu


S.e.m.o.g.a . . . 


aku yang terindah di antara bunga yang pernah kau miliki dahulu
aku yang teristimewa di antara dewi yang pernah kau temui dahulu
Kerana kau begitu indah tercipta untuk Hawa


RANGKAYAN DOA ~
Ya Allah
ringankan lah kerinduan yang mendera 
kupanjatkan sepotong doa setiap waktu
ampuni segala kekhilafan hamba yang hina ini
ringankan langkah kami
beri lah kami kekuatan dan kemampuan
untuk melengkapkan separuh dari agama kami
mengikuti sunnah Rasul-Mu
jangan biarkan hati-hati kami
terus berkelana tak berpenghujung
dengan waktu 
yang telah Engkau berikan 
Amin amin Ya Allah ..















0
Komen

Dia diterima


Seorang lelaki yang buta,bisu, bakhil dan papa… 
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha 
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi 
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah 
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya 

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran 
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran 
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan 
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran 
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran 

Dia lelaki yg bakhil 
Bakhil dalam memberi senyuman 
Pada wanita yang bukan mahramnya 
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya 
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya 
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya 
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya 
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran 
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi..

Dia adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa


0
Komen

dimana letaknya "kecantikan"



dimana kecantikan mu ??
Mungkin pada sepasang mata yang hening

Yang selalu menjeling tajam
atau yang kadang kala malu-malu
memberikan kerlingan manja ,
Boleh jadi pada bibirnya
yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis
atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra 
di dahi umi juga ayah , suami , dan pipi mungil anak-anak .
 Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik
 dan suara manjanya yang
 boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.
Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup
untuk mendefinisikan tentang KEINDAHAN PEREMPUAN..
Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan)  sebagai hiasan mata anda.,nescaya akan semakin bening dan jernih.




0
Komen

Mukadimah Zina

Bismilahirahmanirrahim . . .
moga dirimu beroleh manfaat dari ilmu yang bakal di kongsikan :)
insyaallah . .

Sebagaimana yang diketahui, iblis sememangnya mahu menjerumuskan sebanyak mungkin manusia ke dalam kemurkaan dan azab Allah. Itulah sumpahnya di hadapan Tuhan sejak beribu ribu tahun silam.

Lalu digoda dan diperdayakan manusia dengan pelbagai makar, hasutan dan tipu helah. Dia bekerja keras dan hampir tidak pernah rehat dalam menjayakan sumpahnya dan menunaikan dendam kesumatnya walaupun dia tahu bahawa kesudahannya kekal abadi di kawah neraka (-_-)

Salah satu jalan jalan Iblis bagi membenamkan manusia ke dalam neraka bersama sama dengannya adalah dengan cara merosakkan maruah, harga diri dan keturunan mereka. Maka diperjuangkanlah hidup bebas dan penzinaan . . . Cara ini jelas bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul, maka cara ini lah yang diguna pakai oleh iblis untuk menyesat kan manusia ...

Daripada Abdullah ibn Abbas, daripada Nabi SAW baginda bersabda : "janganlah seorang lelaki duduk bersunyian (menyendiri) dengan seorang perempuan (ajnabi) melainkan dia (perempuan tersebut) bersama mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim

Bersunyi sunyian (duduk dan tinggal berdua duaan) dengan wanita ajnabi merupakan satu sebab berlakunya perbuatan keji (zina) yang diharamkan Allah. Justeru islam mengharamkan apa jua alasan umatnya untuk duduk (tinggal) dalam keadaan yang mengundang fitnah tersebut.

Untuk membatal dan mematah kan operasi syaitan itu, panduan Nabi hendaklah diambil dan diguna pakai. . Apabila dikata kan kena ada mahram, maka wajib ada mahram di setiap pertemuan antara lelaki dan wanita yang halal berkahwin. . Jika aturan ini tidak dipatuhi , jangan salah kan orang lain andai perzinaan dan pemerkosaan boleh berlaku semudah A , B dan C . . .

Islam sangat perihatin dalam memelihara dan menjaga maruah setiap umatnya . . .tidak sepertimana agama agama lain yang batil ..


Seandainya seorang wanita Islam ingin bertemu dan berbincang dengan tunangnya sekalipun, maka wajib ada bersamanya seorang mahram. Namun dewasa ini , apa yang ternyata berlaku di antara pasangan bertunang adalah sesuatu yang amat dilarang keras oleh agama. Pertunangan bukan TIKET untuk bermesra dan bermanja . . .  Oh tidak sama sekali untuk perhubungan yang persis suami isteri . . . (sama-sama lah kita hindari)

Islam bukan sahaja melarang umatnya melakukan zina, malah melarang mereka mendekati asbab-asbab (jalan-jalan) yang membawa dan menyampaikan kepada zina

Bukankah Nabi s.a.w telah mengajar kita bahawa mencegah itu lebih baik dari mengubati dalam apa jua aspek kehidupan . . . Dengarkan serangkap kata ikhlas dari mawar . . .

duhai muslimah ..
sebelum engkau termengandung
mukadimah xzina mestilah dibendung


0
Komen

terpisah dari Allah,terpinggir dari manusia

terkadang aku termanggu sendirian sambil hati berbicara dan tertanya2 mencari jawapan yang tak pasti

"kenapa hati aku rasa sangat sunyi ??"
"kenapa aku berasa seperti diriku sangat jauh darpd Allah s.w.t?" semuanya rasa serba tak kena.. 
apakan Allah sudah berlepas tangan daripadaku? Astagfirullahal azhim."

Benar ... rasa ini acap kali menjengah dan menghantui diri kita,tak kira dimana mahupun puncanya
dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini,itulah punca & sebab musababnya.. maka, sama ada sedar atau tidak, dosa & maksiat menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin renggang & menjauhkan kita dari rahmat-Nya . .

"Sungguh jiwa aku tidak dapat menerima petaka ini & hati nurani aku berasa cukup tidak selesa dengan situasi ini... Walhal terpisah daripada ibu ku sendiri pun sudah terasa haru dan tidak keruan, inikan pula terpisah jauh daripada rahmat Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang . ."

Aaahh . . . penderitaan dan kepahitan kerana berjauhan dan terpisah daripada Allah ini hanya dapat dirasai oleh insan yang hidup hati nuraninya .. namun tidak bagi mereka yang mati hatinya. Orang yang mati hatinya tidak kurang sema dengan bangkai yang berjalan.. seperti ungkapan si bijaksana yang menyebutkan
 " Kelukaan tidak memberikan sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati"

Hakikatnya kita sangat memerlukan Allah di dalam hidup kita. mengakulah tentang itu! kita tidak rela terpisah daripada pandangan dan rahmat Allah walaupun sesaat cuma. apabila Allah mula berlepas tangan daripada kita, maka bermulalah detik kemusnahan kita ..
        
ingat !! syaitan dan nafsu sentiasa berusaha mewujudkan jaluran dosa yang menjadi kabut hijab antara hamba dan Allah Yang Esa..
Sudahlah menderita terpisah berjauhan daripada Allah, dosa juga melakar kepiluan yang amat kerana terpinggir daripada MANUSIA .. Manusia yang bagaimana ?? manusia yang beriman, bertaQwa dan berAmal soLeh.. Sekali lagi, kita terpinggir daripada kelompok "orang-orang Allah" itu kerana bahana dosa yang diulitinya ..

Seorang ulama salaf menyingkapkan :: "Jika aku melakukan maksiat kepada Allah,akan terlihatlah kesannya pada kenderaan dan isteriku"
Jika begitu keadaannya .. bawalah bermuhasabah diri apabila anak isteri dan kereta asyik meragam dan bermasalah.. Mungkin di antara faktornya adalah jaluran dosa yang kita terlepas pandang daripadanya.

Kisah 3 sahabat yang di hukum Allah s.w.t kerana tidak menghadirkan diri dalam peperangan Tabuk tanpa keuzuran syar'i masih basah dalam kotak fikiran ku.. Dalam tempoh 3 bulan, mereka merasai kehidupan yang cukup pahit dan menyeksakan, sudahlah dimurkai Allah, mereka turut dipinggirkan oleh Rasulullah s.a.w dan seluruh umat Islam.

Selama tempoh itu, mereka menagis siang dan malam tanpa henti memohon keampunan Allah. Kenapa mereka menangis dan merintih kepada Allah? kerana mereka tidak mahu terpisah daripada rahmat-Nya.. sekali lagi, itulah kesan dosa dan ia hanya dirasai dan dideritai oleh mereka yang punyai mata hati.
0
Komen

sweet mother's day

"redha Allah terletak pada redha ibu"
~ begitu besar aura seorang ibu yang melahirkan zuriat (kita) ~

dari kiri >> mak yang (maizatul) .. opah .. mak long (jawariah) .. mak ngah (hajariah) <<
anak2 opah semuanya dah jadi ibu2 kami (cucu2 opah)

mukaddimah
tentang ibu Qu ... bukan ibu mu (^_^)

diberi nama Jawariah bt Mohd Yakin
anak sulung kepada 7 orang adik beradik
dilahir kan pada tanggal 02 Mac 1963 di Perak
berasal dari kampung
 bersusah payah membantu keluarga, 
bertanggungjawab keatas adik2nya
sanggup bekorban masa depan 
sesungguhnya Qu tahu dalam diri mu tiada istilah putus asa

Ibu .... cekalnya hati mu dalam mengorak langkah perjalanan tanpa henti
memiliki sepasang cahaya mata (lelaki dan perempuan)
 ibu nama kan anak ibu Nazzirul & Nazzatulwanis


ibu ... kini kau berjaya mencapai cita mu,
membuka sebuah pusat asuhan tunas islam (pasti) al-luQman
nekad mu dalam mendidik anak kecil 
membentuk acuan islam dalam diri mereka..

aQu bersyukur atas nikmat Allah dengan kejayaan ini

~ kini ku doakan kebahagiaan dan beroleh kesihatan buatmu ibu ~
tak terhitung nilai kasih dan sayang mu ..
tak balas segala pengorbanan mu ..
tak terhitung titisan keringat mu ..
dan .,
tak terhitung jua dosa ku terhadap mu (~_~)
 maaf di atas kedegilan anak mu

"hari-hari tetap istimewa sebagai hari ibu
semalam , hari ini , esok , lusa & selamanya
adalah hari ibu .."


❤¸.•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
!!! L.o.V.e my mother so much !!!
❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "**'




0
Komen

kejayaan mentari kecil

karnival sukan PASTI peringkat negeri Kedah

warna hijau tu dari pasti al-luQman (kawasan pdg serai) berentap dgn pasti kawasan sik .. 
syukur pasti aL-luQman menjadi JOHAN negeri kedah :)

alhmdulillah .. tahniah buat adik2 yang berjaya .. 
7/05/2011 dekat Pendang
seluruh pasti negeri kedah terlibat dengan mewakili cawangan masing2


masa ni persiapan padang.. sehari sebelum perlawanan berlangsung
barisan guru-guru dari kawasan padang serai

bola sepak dapat no 3 alhmdllah ..

lepas ni .. akan mara ke peringkat pusat (malaysia)
dekat terengganu insyaAllah ..

Johan bola sepak (kawasan sungai petani)
johan bola jaring (kawasan padang serai)
ayuhh ... berjuang ... harapan kedah !! (^_^) 
2
Komen

Misteri ...


Apakah hidup di bumi Tuhan ini wajib ada teman istimewa
dan harus bertemu dengan apa yang dikatakan Cinta ?
mungkinkah boleh bertemu jodoh tanpa jatuh cinta terlebih dahulu ?
apakah ia mustahil ??
bukankah lebih mudah untuk membiarkan diri ini hanya mencintai Allah sahaja .. (^:^)


sekiranya kamu dapati dirimu mencintai seseorang yang tidak membalas rasa cintamu, janganlah kamu sedih @ tersisih... tiada salahnya mencintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah dihati siapa. sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikanlah penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.. jangan sesekali kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakannya.. 

sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu mencintai diri kita dan tiba-tiba cinta itu memilih untuk pergi... tiada sapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi.. kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.. dan janganlah kamu terlalu memilih cinta kerana cinta tak memilih untuk singgah dihati siapa.. kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.. nikmatnya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia jika ia meminta untuk pergi ...

cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri
~..bersyukurlah kerana ia pernah singgah dihati kamu ...~
0
Komen

sepasang mata menjadi hadiah





Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah
”Aku tertarik dengan kecantikanmu”
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seribu soalan
Bila bungkusan merah diterima di tangan

MUSLIMAT,
Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga keperibadianmu

WAHAI MUSLIMAT,
Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara
Kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani
Menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya dicipta Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis
Apatah lagi lelaki ini
Yang kau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan
Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih

BENAR,
Wanita ini telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Tuhan
Dan keinsafan seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi ahli sufi

MUSLIMAT,
Beginilah jalanmu
Tundukkanlah pandanganmu
Keraskanlah suaramu
Seriuskanlah perwatakanmu
Tampilkanlah ketegasanmu
 di kiri atau di kanan lelaki
Walau atas apa alasan sekalipun
Ketuk keegoan mereka
Bangkitkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan adalah palsu
Bahawa di sini tiada kebahagiaan
Hanya kehancuran

MUSLIMAT,
Inilah jalannya
Lalu mungkin engkau akan melihat
Di kalangan remaja ini
Akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang
Sebagaimana bengkitnya
Daie bernama Hassan al-Basri
Bila sepasang mata menjadi hadiah . . .



Link blog sahabat